





Projek Utama
Projek-projek utama YBR

Bakul Bantuan Makanan
Program Skim Bantuan Makanan Asas kepada asnaf dan B40 diperkenalkan sejak 2016 berikutan masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan permintaan yang tinggi dari para asnaf. Telah memanfaatkan 100 keluarga asnaf secara bulanan

Sunathon Asnaf
Program Sunathon ialah program berkhatan percuma untuk murid-murid sekolah rendah di sekitar Hulu Langat.
Program yang diperkenalkan pada 2016 dilaksanakan dengan kerjasama Cyberjaya University College of Medical Sciences (kini dikenali sebagai Universiti Cyberjaya) dan SK Bandar Tun Hussein Onn selaku tuan rumah.

Rumah Anak Yatim & Miskin
Rumah Anak-Anak Yatim YBR (RAY) mula beroperasi pada bulan Januari 2016 di atas sebidang tanah seluas 7,200 kps yang diwakafkan untuk menempatkan 20 orang anak-anak yatim perempuan. RAY ini dilengkapi dengan kemudahan asrama termasuk ruang belajar, ruang makan, dan ruang solat serta bilik Pengasuh (Warden).
YBR bercadang untuk membangunkan sebuah lagi Rumah Anak Yatim & Miskin.
Rakan Strategik




