Senarai Program & Aktiviti Teras

Rumah Anak-Anak Yatim YBR Alor Setar, Kedah

Rumah Anak-Anak Yatim YBR (RAY) mula beroperasi pada bulan Januari 2016 di atas sebidang tanah seluas 7,200 kps yang diwakafkan untuk menempatkan 20 orang anak-anak yatim perempuan. RAY ini dilengkapi dengan kemudahan asrama termasuk ruang belajar, ruang makan, dan ruang solat serta bilik Pengasuh (Warden). Pada tahun 2021, YBR bercadang untuk membeli sebidang tanah untuk membina sebuah bangunan di kawasan berhampiran untuk menempatkan anak-anak yatim lelaki dengan anggaran kos RM170,000.

YBR menyediakan peruntukan RM100,000 setahun untuk perbelanjaan mengurus, makan-minum, persekolahan, penyelenggaraan, sagu hati Pengasuh dan kos luar. YBR Kedah bertanggungjawab untuk mentadbir tugas-tugas berkaitan RAY ini bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim ini terjaga dan terpelihara.

Alamat Rumah Anak-Anak Yatim YBR (RAY):

No. 2, Jalan Gunung Sungai Baru

05150 Alor Setar Kedah

No Akaun RAY: Maybank Islamic Berhad 5623-8451-3937

Previous slide
Next slide

Skim Bantuan Makanan Asas

Program Skim Bantuan Makanan Asas kepada asnaf dan B40 diperkenalkan sejak 2016 berikutan masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan permintaan yang tinggi dari para asnaf, terutamanya yang terkesan ekoran wabak pandemik Covid-19. Bermula dengan hanya 50 keluarga, jumlah ini meningkat kepada 100 keluarga dan jumlah ini dijangka akan meningkat setiap tahun. Keluarga yang layak akan diberi bantuan makanan asas pada setiap bulan terdiri dari beras, minyak masak, sardin gula dan tepung. Pada tahun 2021, YBR menyasarkan 150 keluarga B40 bagi program ini.

Agihan bantuan makanan asas yang pada mulanya dilaksanakan di Cheras telah berkembang kepada tiga lokasi baharu iaitu Hulu Langat, Alor Setar dan Seremban

Previous slide
Next slide

Program Makanan Percuma untuk Murid-murid Sekolah Rendah

Sejak 2013, YBR bekerjasama dengan beberapa buah sekolah untuk menyediakan makanan percuma di waktu rehat pada setiap hari persekolahan kepada pelajar-pelajar dalam kategori B40. Sehingga kini YBR telah menjalankan program ini di 3 buah sekolah di Selangor dan Kedah. Bagi tahun 2021, YBR menyasarkan 3 sekolah lagi untuk dilibatkan dalam progarm ini. Sekolah-sekolah yang kini terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:  

Sekolah Rendah
  • SK Desa Baiduri, Cheras, Selangor
  • SK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
  Sekolah Menengah
  • SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah
Previous slide
Next slide

Program Tamanni

Sejak 2017, YBR bekerjsama dengan Belia Harmoni untuk memberi dermasiswa kepada pelajar IPTA dalam kategori B40 yang layak bagi menampung pembayaran tuisyen dan elaun sara hidup mereka.

Bagi maksud ini, YBR telah bekerjasama dengan Belia Harmoni dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Putra Malaysia bagi program ini. Bagi 2021, YBR menyasarkan untuk memperluaskan program ini kepada IPTA lain.

 

Previous slide
Next slide

Program Food for Siswa

Program Food for Siswa (FFS) diperkenalkan sejak Januari 2016 dengan kerjasama kolej kediaman mahasiswa di IPTA dan IPTS.

Bagi program ini, YBR akan sama ada memasak makanan untuk bilangan antara 300 – 500 pelajar bagi setiap program atau melantik katerer untuk memasak dengan jumlah yang diperlukan. Makanan berkenaan akan dihantar ke kediaman pelajar terbabit untuk diedarkan

Setakat ini YBR telah melaksanakan FFS di Unversiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Cyberjaya, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk 2021, YBR menyasarkan FFS di 4 IPTA/IPTS yang melibatkan 2,000 pelajar.

Previous slide
Next slide

Program Kembali ke Sekolah

Program Kembali ke Sekolah merupakan program kebajikan YBR dengan beberapa sekolah terpilih bagi menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang sesi persekolahan kepada pelajar-pelajar yang keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban kewangan ibu bapa mereka.

 Sebelum ini YBR bekerjasama dengan badan korporat seperti Affin Islamic Bank Berhad, Dagang Exchange Berhad dan Maybank Islamic Bank Berhad bagi tujuan penajaan di samping kerjasama dengan pasaraya besar seperti AEON, Parkson dan outlet tertentu seperti Bata.

Bagi tahun 2021, YBR menyasarkan untuk melaksanakan program ini di 2 buah sekolah di Selangor dan 2 buah sekolah di Kedah melibatkan 200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Previous slide
Next slide

Program Sunathon

Program Sunathon ialah program berkhatan percuma untuk murid-murid sekolah rendah di sekitar Hulu Langat.

Program yang diperkenalkan pada 2016 dilaksanakan dengan kerjasama Cyberjaya University College of Medical Sciences (kini dikenali sebagai Universiti Cyberjaya) dan SK Bandar Tun Hussein Onn selaku tuan rumah. Sejak diperkenalkan, 250 murid-murid telah beroleh manfaat dari program ini. YBR menyasarkan 40 pelajar sekolah rendah dari B40 bagi maksud program ini pada setiap tahun.

Previous slide
Next slide

Aktiviti-Aktiviti YBR yang lain

Di samping program teras yang dijalankan, YBR turut membantu pelbagai pihak yang memohon bantuan seperti:-

  • Sumbangan pakaian Aidil Fitri untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Sumbangan untuk meneruskan pengajian di luar negara
  • Bantuan dan sumbangan kepada masyarakat orang asal melalui program kembara YBR
  • Sumbangan kepada masjid dan surau melalui program kembara YBR
  • Program pembersihan masjid dan surau di negeri-negeri yang dilanda banjir
  • Misi bantuan banjir di kawasan yang dilanda banjir besar
  • Sumbangan kepada NGO yang terlibat dalam dakwah kepada non-Muslim
  • Program Korban di beberapa buah negara dengan kerjasama NGO

Bagaimana Anda Boleh Membantu Kami?

YBR diasaskan atas semangat kesukarelaan. Berminat menjadi sukarelawan YBR? Sila hubungi KPO untuk maklumat lanjut.

Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan makanan asasi seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Sila hubungi KPO YBR untuk maklumat lebih lanjut.

Sebarang bantuan kewangan kepada YBR boleh disalurkan melalui Online Banking atau Cheque.

Bagi menjayakan semua program dan aktiviti yang sedang dan yang akan dilaksanakan, YBR dengan rendah hati memohon sumbangan dari seluruh lapisan masyarakat termasuk individu, organisasi syarikat dan badan korporat

Hubungi Kami

yayasanbr@gmail.com

Alamat